Monday, June 1, 2009

Hari Pertama - trip ke Medan

Dari Kajang , ahli kelab telah berpecah mengikut kekawan masing-masing untuk ke airport - fasiha dengan sarbanun, miza n kak baini, hasnah telah bersama-sama wan n norlia - tq adi kerana telah menghantar kami ke airport - ustaz pula menghantar ustazah zaiton - afizan bersama yati luso dan pn noorsham terus dari kajang ke airport -

malam itu wan n hasnah tidak tidur --hasnah telah masak macam-macam untuk bekalan kami - tq hasnah. kami bertolak dari kajang pukul 5.00 pagi dan tiba di airport pukul 6 pagi - setelah check ini kami bersolat subuh di air port - tapi yang peliknya di sini ialah untuk pertama kalinya kami mendapat tiket no dalam pesawat air asia.


setelah menaiki flight selama lebih kurang 55 minit maka kami tiba di Lapangan terbang polonia, medan - seronok betul coz kami boleh bergambar di luar lapangan terbang - banyak betul prosedur yang terpaksa kami lalui di airport - banyak sungguh borang yang terpak sa kami isi dan di sini juga kami terpaksa melalui scanning kesihatan dengan disembur dengan cecair anti kuman.



Rupa-rupanya sekarang semua penumpang Air Asia diberi tempat duduk mengikut sesuka hatinya jika kita tidak membeli nombor tempat duduk.... bijak.....bijak.....

Setelah berpenat lelah mengisi borang maka akhirnya kami telah disambut oleh agensi pelancongan sutera yang diwakili oleh AZWAR persis wajahnya seperti along anak cikgu afidah

kami telah dibawa ke sekitar bandar Medan dan telah dibawa ke pusat beli belah Matahari di bandar Medan sementara menunggu sekumpulan group lagi iaitu Family Mr Chin - Bersama-sama kami terdapat 2 kumpulan lagi iaitu family Mr Samy dan Family Mr Chin - semuanya dari Malaysia - kiranya group perpaduan kaum lah kali ni

Setelah makan tengah hari di Hotel Antares, Medan kami semua telah dibawa ke Danau Toba yang sejauh 170 km dari bandar Medan- Namun perjalanannya memang amat mencabar kerana mengambil masa selama 5 jam barulah kami tiba di Danau Toba- kami tiba di Danau Toba Cottage - tempat penginapan kami tepat pukul 8 malam.

LAYANNNNN GAMBARRRRRR - ini baru sikit coz gambar-gambar daripada semua kamera belum sempat dikumpulkan.....

Panggilan Terakhir pesawat AK 457 sila check in sekarang........ada 17 penumpang belum daftar masukkkkkkkk.........ada insiden nampak????

Mana passport kak ton ???? - wah minum banyak cikgu fasiha????

Posing wajib mengiklankan kapal terbang air asia sebaik tiba di hadapan lapangan terbang polonia- medan- rasa-rasanya air asia kena beri diskaun kat ahli kelab jom jalan-jalan nie - gambar bawah bergambar di hadapan lapangan terbang polonia, medan

Ini adalah agensi pelancongan di medan yang kami gunakan - jika nak no sila ler emel kat blog makan tengahari di Hotel Antares , Medan - memang berbaloi-baloi bergambar santai di hotel antares, medan emmm....sedap nie
bergaya santai - norlia, pn noorsham, baini, sarbanun, zaiton, yati , afizan, mimi, n fasiha
Lapangan Terbang Polonia, Medan Lapangan Terbang Polonia Medan Adam bersama Azwar - tourist guide
Nak tau apa nie - tanya ahli kelab jom jalan-jalan
Serikandi - serikandi yang bakal berjuang - cewahhhhh
Urusan di Imigresen
acara foto rasmi di hadapan check in Air Asia
Pemandangan di sekitar kota medan
Antara banner dan papan tanda yang sempat disnap oleh kamera wan
Apa itu tingkungan berganda????

4 comments:

Anonymous said...

saya nk booking tour tu la.
mcm mne nk booking??

ain said...

salam kak... cam ne nk booking tour tu yer??

ain said...

sy nk pi jalan ngn family ke medan...
tgh cari tour guide

Nurul Shakila said...

saya nak cari tour guide utk ke medan..boleh bg contact no?